Like A Dream
D'Boss!

I want to be a better person for myself and my family, yes live is hard and also unique. I might not be perfect but i want to try to be one. Sometimes, i am a maniac myself. Truth, i am friendly. Talk to me anytime. Love comedy and i don't understand anything about love. Thanks.



Diary Myself Friendship Stuff



Contact me


Facts

No Matter How Difficult And Hard Something Is, I Will Alaways Be Positive And Smile Like An Idiot "Chanyeol"

Followers!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Owner & Edited Blog: EXO's Syazwani
Others:   

Kekacauan di Syria - Apa Sebenarnya?

Gambar-gambar dan video kekejaman dan kezaliman Al-Assad of Syria boleh ditemui, bertabur di internet, tak perlu lah nak describe bagaimana bentuk kezalimannya, anda sendiri mungkin sudah terserempak dengan gambar-gambar itu di laman-laman sosial, disamping komen-komen yang sedih dan menyayat hati, penuh emosi, laungan anti Syiah, laungan untuk berjihad dan kemarahan penuh emosi

Untuk mengorek perkara sebenarnya, jika kita lihat gambaran sebenar keadaan di timur tengah akan kelihatanlah Iraq, Libya, Iran, Mesir, Zionis Israel, Sunni – Syiah, Saudi, Al-Qaeda,  dan telaga minyak. Siasatan takkan berjaya dan akan bentan jika tidak disertakan Petrodollar – ibu ketiga yang melahirkan semula anak haram – Dollar Amerika, matawang yang diagungi seluruh dunia. Sebelum ini ibu pertama dan kedua Dollar Amerika adalah emas.

Petrodollar adalah tunjang kepada ekonomi Amerika. Matawang Dollar Amerika yang pada awalnya bersandarkan emas, telah bertukar kepada Petrodollar (minyak untuk Dollar). Lihat post ini untuk mengetahui dari mana asalnya. Dari situ kita akan mengetahui Petrodollar didokong oleh Saudi, Kuwait, Qatar, Jordan dan lain-lain, mereka adalah yang dipanggil sekutu Amerika di timur tengah, seterusnya adalah sekutu Zionis kerana Amerika didokong oleh Zionis.

Tetapi bukan semua negara di timur tengah tunduk atau bersetuju dengan Amerika. Sekurang-kurangnya ada yang cuba menarik diri dari ikatan Petrodollar ini. Jika Petrodollar dicabar, ini akan jadi seperti domino effect – seorang tarik diri akan menyebabkan nilai Dollar susut, yang lain-lain akan ikut serta kerana untuk mengelakkan kerugian. Jika Petrodollar tidak lagi digunapakai, maka akan berlaku kiamat untuk ekonomi Amerika. Dollar tiada lagi sandaran, kertas kosong lebih bernilai dari kertas Dollar. Yang sebelum itu kaya raya, simpan duit banyak dalam bank akan jadi papa-kedana, tak boleh beli BigMac MacDonalds dengan 2 Dollar. tapi 2,000,000 Dollar untuk 1 BigMac. Itu pun jika masih ada saki baki nilai dari rizab minyak Amerika. Malah sistem perbankan akan lumpuh. Federal Reserve akan lesap atau berpindah ke Israel, tempat asalnya.

Apakah akibat jika cuba menarik diri dari ikatan Petrodollar (tidak mahu lagi menjual minyak untuk Dollar)? Kita lihat Libya – Muammar Gadaffi. Beliau membuat percubaan untuk tidak lagi menerima Dollar, sebaliknya hanya akan menerima Dinar Emas sebagai bayaran untuk minyak, ini telah membunuhnya. Kisah ini bermula dengan arab spring, berlaku kekacauan yang tak dapat dikawal, NATO masuk campur, Gadaffi ditangkap, dibunuh dengan kejam oleh rakyatnya sendiri. Anda boleh kata apa yang terjadi adalah kerana Gadaffi boros atau perangai Gadaffi yang suka pakai pengawal dari gender wanita. Tetapi saya cabar anda menafikan arab spring telah di-hijack. Siapa yang hijack? Jawapan saya ialah Zionis. Siapa di dalam Zionis? Amerika, Israel dan NATO. Siapa anggota NATO? rujuk wikipedia. Dan itu lah yang terjadi kepada Gadaffi, dibunuh akibat dari percubaan mencabar kuasa imperialis Zionis.

Saddam Hussein di Iraq yang cuba menjual minyak untuk EURO juga telah menerima nasib yang sama seperti Gadaffi. Adakah dia digantung kerana dia Sunni dan berlaku zalim kepada Syiah dan Kurdish? YA! sebab TV kata begitu. Kenapa TV kata begitu? Saya jawab dengan soalan, Siapa yang kawal TV di Malaysia ini? Tapi kita sepatutnya sudah tahu apa puncanya yang sebenar.

Kembali ke Syria, gendang telah dipukul, trompet telah ditiup menghebohkan kejahatan Syiah, di TV, radio, facebook, twitter. Tiada yang jahat melainkan Assad si Syiah penjahat yang amat jahat. Soalan yang pertama timbul di fikiran ialah, Yahudi Zionis tidak lagi jahat ke?.
Kita rujuk strategi perang zaman moden. Yang paling penting adalah perperangan secara psikologi kerana ia adalah senjata paling kuat dan menjimatkan. Pencerobohan di Iraq dan Afghanistan sepatutnya telah mengajar kita strategi mereka;
1. Mencipta pandangan bahawa serangan adalah bertujuan untuk mempertahankan diri atau untuk mempertahankan negara yang lemah. Ini boleh dilakukan dengan membesar-besarkan kemampuan yang dimiliki musuh, membuat serangan secara sulit dan menuduh musuh lah yang melakukan serangan itu.

2. Mengatakan bahawa serangan adalah untuk agenda mempertahankan bangsa, agama dan ideologi. Sebagai contoh, kita tahu dalam setiap pencerobohannya, Amerika menggunakan slogan “untuk demokrasi” & “melawan pengganas”.

3. Menimbulkan persepsi bahawa musuh adalah kejam dan zalim, menindas rakyat sendiri dan barbaric. Ini selalu dimainkan dengan menggabungkan unsur pegangan seperti contohnya, “Raja Syiah telah membunuh ramai rakyatnya dari kalangan Sunni dengan kejam”.
Sebelum bersorak dan mengalungkan bunga untuk ‘mujahiddin’ Free Syria Army (FSA) atau mana-mana yang menggelarkan diri mereka mujahiddin untuk membebaskan Syria dari Assad, kita sepatutnya tahu fakta bahawa FSA telah dibekalkan senjata oleh Zionis. Penggunaan senjata kimia juga telah dibuktikan telah digunakan oleh ‘mujahiddin’ ini yang mengakibatkan ramai kanak-kanak terbunuh. Logikkah Assad yang dia sendiri mengetahui disayangi oleh rakyatnya tidak kira mazhab dan agama mahu membunuh rakyatnya sendiri dengan senjata kimia? Adakah dia tidak tahu di waktu dunia sedang fokus pada Syria, perbuatan itu akan menyebabkan satu dunia membencinya? Takkan dia sendiri nak buat alasan untuk Amerika dan kuncu-kuncunya mengebom istana dia sendiri? Itu adalah kerja orang gila nak bunuh diri.

Presiden Iran telah mengambil alih kuasa dari boneka Amerika – Shah Iran melalui revolusi, bukan dari pilihanraya dan ini adalah anti-sistem dan ditakuti oleh Zionis. Iran adalah negara tanpa ada pengaruh Zionis dan Iran mempunyai telaga minyak yang besar. Ini mencabar sistem ekonomi Amerika. Dari zaman perperangan Iraq-Iran lagi kita tahu Amerika adalah tukang sponsor senjata untuk Iraq. Ketika itu Amerika sangat mencintai Saddam. Malah penggunaan senjata kimia oleh Saddam untuk menentang Iran tidak dipedulikan asalkan Iran dapat dilumpuhkan.


Top secret 1
Top secret 1



Top secret 2
Top secret 2



Selepas kejadian 11 September, Iran dituduh sebagai ahli paksi kejahatan. Sampai sekarang, Iran dituduh pula membina senjata nuklear sedangkan tiada bukti dari penyiasat PBB mereka membinanya.


Syria adalah sekutu kuat Russia, diikat dengan kemudahan pengkalan tentera laut Russia di Tarsus, Syria. Pengkalan ini penting dari segi strategik untuk melindungi kepentingan-kepentingan Russia di timur tengah. Syria juga tidak membenarkan Qatar – pengeluar gas asli terbesar dunia, membina paip gas melalui Syria terus ke Eropah melalui Turki. Saat ini bekalan gas asli negara Eropah adalah datang dari Russia. Ini menyebabkan Qatar menjadi sponsor besar kepada pemberontak luar yang datang ke Syria untuk berperang dengan objektif menukar rejim.


Iran juga ada perjanjian pertahanan dengan Syria. Jika tentera NATO menceroboh Syria, Iran secara automatik akan terlibat sekali dalam perperangan itu. Iran dan Syria juga adalah bersekutu dengan China, diperkukuhkan dengan perjanjian jual-beli minyak. Maka jika perang Syria meletus, bukan saja Iran, malah Russia dan China dan semua sekutu mereka juga akan turut bersama terlibat. Ini yang akan dinamakan Perang Dunia Ketiga.


Untuk mengelakkan gabungan Iran dan Syria, bantuan Saudi yang maha Sunni diperlukan, mereka menggunakan pemberontak yang menamakan diri mereka FSA untuk membebaskan Syria dari Assad dengan slogan “melawan kekejaman Syiah”. Ini dinamakan perperangan proksi. Propaganda disebarkan melalui TV dan internet mempamerkan kezaliman Syiah Al-Assad. Dengan cara ini, mereka dapat sokongan dunia Islam yang majoritinya Sunni. Mereka telah dibekalkan senjata dari Amerika dan Saudi melalui Turki. Kesan buruk yang akan dirasai oleh umat Islam keseluruhannya adalah persepsi dunia bahawa orang Islam adalah tak bertamadun, selalu berperang sesama sendiri. Ini akan membekalkan Amerika satu lagi alasan untuk misi seterusnya.


Nantikan kemunculan jenama-jenama baru ‘mujahiddin’ di Syria yang disponsor oleh Zionist dan individu tertentu yang akan dicanangkan sebagai pengganti Assad. Sepatutnya sekarang kita sudah tahu siapa dan apa punca kekacauan di Syria.


WAllahu A’lam